8 perkara karut tentang fesyen
Info Post
Bagi industri yang menyanjung tinggi kreativiti, banyak benda yang dizahirkan sebagai satu peraturan. Anda mungkin tahu banyak peraturan-peraturan ini atau mungkin pernah dengar walaupun kadang-kadang anda tak ambil pusing pun. Sebagai contoh memakai pakaian yang mempunyai jalur lebar mendatar boleh menjadikan anda kelihatan lebih berat. Banyak peraturan-peraturan ini telah
wujud selama beberapa dekad, tetapi peraturan yang sama yang sah 20 tahun lalu mungkin sudah tidak dipraktikkan pada hari ini lagi. Kita boleh nampak dalam banyak pertunjukan fesyen, banyak peraturan-peraturan seperti ini telah dicampak dan ditinggalkan seakan-akan ia tidak pernah wujud dulu. Jadi, adakah anda boleh pakai baju putih dan seluar putih sepasang? Adakah OK untuk wanita tinggi memakai kasut tumit tinggi? Jadi jom tengok kebenaran pada 10 perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam berfesyen.
1) Jangan pakai hitam dengan biru
Hitam dan biru selalu dipandang sepi untuk dipadankan sebab tona warnanya yang seakan-akan sama dan sering susah untuk dibezakan. Berikut beberapa tips cara yang betul untuk padankan kedua-dua warna:
Eksesori: Katakan anda memakai skinny denim jeans dan baju sejuk hitam; Padanan kasut tumit merah dan gincu merah adalah cara yang mudah untuk membuatkan padanan hitam dan biru menjadi lebih bergaya.
Mainan contrast: Apabila anda memakai navy dengan hitam, anda perlu cuba untuk memainkan perbezaan dalam tona. Memakai baju putih di bawah blazer navy dengan skirt hitam akan membantu memisahkan warna, membuat cara pemakaian anda kelihatan lebih bersahaja.
Pilih cerah: Memilih warna biru lebih cerah dan lebih berani seperti kobalt atau sky blue jika anda merancang untuk pasangan mereka dengan hitam. Warna lebih cerah juga akan dapat membezakan antara warna yang senada.
2) Tak boleh pakai emas dengan perak bersama
Seperti yang kita semua tahu, terdapat dua warna logam utama dalam dunia barang kemas - emas dan perak. Tetapi jika anda mempunyai gelang perkahwinan emas, sudah tentu anda tidak akan pernah memakai perhiasan perak lagim kan? karutlah!
Pergi ke mana-mana kedai barang kemas hari ini dan anda akan melihat banyak kepingan indah yang menggunakan gabungan perak-emas. Jika anda pakai barangan sebegini, perkara penting adalah memilih kepingan yang betul dan tumpukan pada rupa yang akan terhasil pada diri anda (pakai lebih dari satu jenis bentuk untuk kelihatan bersahaja). Skala adalah penting. Jika anda padankan rantai, pastikan rantai adalah sekitar saiz yang sama atau sama tema. Cuba padankan emas dan perak pada gelang tangan untuk eksperimen.
3) Garis-garis melintang akan membuatkan anda kelihatan lebih berisi
Kita semua mesti pernah dengar. Mitos di sini adalah bahawa jalur mendatar atau melintang menampakkan anda kelihatan lebih lebar, dan jalur menegak membuatkan mata anda melihat dari atas ke bawah badan, menjadikan anda kelihatan lebih panjang atau tinggi.
Percaya atau tidak, satu kajian yang dilakukan oleh seorang pakar persepsi di Universiti New York mendapati bahawa orang tidak melihat orang lain memakai jalur mendatar sebagai lebih berat - mereka benar-benar melihat mereka sebagai kurus!
Seperti mana-mana corak, jalur akan menarik perhatian orang lain untuk menumpukan perhatian pada bahagian berjalur tersebut. Anda boleh mengurangkan kesan itu dengan mengurangkan kawasan berjalur - seperti memakai blazer atau cardigan.
4) Wanita tinggi tidak seharusnya memakai kasut tinggi
Kasut tinggi bukan sahaja tentang membuat anda kelihatan lebih tinggi - kasut tinggi membuatkan kaki anda kelihatan hebat. Kasut tinggi juga membuatkan anda berjalan dengan lebih berkeyakinan dan berstyle serta menambahkan kelas dengan padanan pakaian anda. Jadi, dengan pilihan kasut yang banyak pada hari ini mengapa menghadkan kebolehan anda untuk bereskpresi?
5) Jangan buat mix & match dengan pakaian mempunyai corak (printed)
Pakaian vintaj telah banyak membuat kemunculan semula pada hari ini dan hasilnya anda akan lihat banyak orang membuat mix & match baju ber-patern dan ber-corak. Corak berjalur dapat dilihat dengan paisleys, argyles dapat dilihat dengan plaids - ia seolah-olah tidak ada pantang larang dalam padanan. Anggaplah ia sebagai pandangan yang tidak disengajakan atau disengajakan - ia kelihatan tidak teratur, dalam satu bentuk cara yang bergaya.
Anda boleh lihat dimana-mana cara ini dipraktikkan lebih-lebih lagi dalam tv.
6) Wanita pendek jangan sesekali pakai long dresses
Mitos ini adalah berdasarkan idea dengan menampakkan bahagian kaki anda untuk kelihatan lebih tinggi. Tetapi itu tidak bermakna bahawa orang-orang pendek perlu melepaskan pakaian panjang.
Pertimbangkan padanan pakaian yang panjang dengan beberapa sandal wedges untuk memberikan anda beberapa inci tambahan, atau mengikat rambut anda untuk membuat leher anda kelihatan lebih panjang. Anda juga perlu memilih corak yang kecil-kecil supaya badan anda yang kecil tidak tenggelam dengan corak besar tersebut. Anda juga perlu mencari pakaian yang memainkan garis badan supaya bahagian kaki anda kelihatan lebih panjang daripada bahagian badan. Tetapi yang paling penting, berdiri tegak!
7) Jangan pakai pakaian yang ada lebih dari satu warna berani
Warna yang berani dan terang mampu menyerlahkan ekspresi anda. Seperti padanan corak dan cetakan, mencampurkan warna yang berani perlukan sedikit perancangan. Pecahkan bidang warna seperti contoh; warna baju dan kasut anda yang berani dipadankan dengan skirt yang berwarna neutral. Jika anda masih keberatan sedikit, cuba membawa masuk warna berani dengan aksesori yang berwarna terang, seperti kalung kuning, dompet hijau, atau kasut berwarna merah terang. Ia adalah satu cara yang baik untuk menambah warna tanpa rasa janggal dan pelik
8) Selalu padankan kasut dengan tali pinggang atau beg tangan
Mitos ini telah cukup banyak hilang di pinggir jalan dan benar-benar tiada siapa yang mahu mematuhinya lagi. Hakikatnya adalah bahawa terdapat terlalu banyak kasut cantik di luar sana dan anda bimbang tentang mencari tali pinggang yang sepadan (atau beg tangan) untuk dipadankan dengan setiap satu. Caranya adalah dengan mencari warna dalam keluarga warna yang sama. Jadi jika anda mempunyai dompet bewarna magenta dan pakaian cetak dengan sedikit corak kecil merah atau merah jambu di dalamnya; kasut merah yang mempunyai sentuhan merah jambu di dalamnya mungkin padanan yang sempurna. Cuba meletakkan beberapa warna bersama-sama dan ketahui gabungan yang terbaik. Peraturannya anda tidak menjadi terlalu colourful seperti burung kakak tua!.





0 comments:
Post a Comment