Breaking News
Loading...
>

Info Post

Masa kini ramai yang menitik beratkan soal kesihatan. Macam-macam jenis makanan dan produk kesihatan telah digunakan bagi tujuan ini. Tapi tahukah anda bahawa ada satu jenis produk makanan yang boleh diamalkan untuk mengekalkan kesihatan anda dengan mudah dan murah. Produk yang diberi nama Chia Seed ini mempunyai pelbagai khasiat untuk keperluan tubuh kita.

Sebelum kita lihat khasiatnya, mari kita kenali dahulu tentang kandungan Chia Seed ini yang membuatkannya baik untuk tubuh badan kita.

Walaupun bentuk Chia Seed sangat kecil, ia mengandungi banyak nutrien. Ia merupakan sumber terbaik untuk Omega-3 fatty acid, yang mampu menolong untuk meningkatkan Kolesterol HDL (kolesterol baik yang mencegah serangan jantung dan stroke).

Chia Seed juga kaya dengan antioxidant dan penuh dengan kandungan fiber, magnesium, zinc, iron dan kalsium.

Pecahan Nutrien

Menurut USDA National Nutrient Database, lebih kurang 28 gram Chia Seed mengandungi 138 kalori, 8 gram lemak, 12 gram karbohidrat, 10 gram fiber dan 5 gram protein.

Makan 28 gram Chia Seed sehari mampu untuk membekalkan 18% keperluan kalsium harian, 27% phosphorus, 30% manganese dan kuantiti  kecil pottasium, zinc dan copper.

Kehebatan Fiber dalam Chia Seed

Food and Nutrition Board of the National Institute of Medicine mencadangkan lelaki yang berumur bawah 50 mengambil Chia Seed 38 gram sehari dan perempuan bawah umur 50 mengambil 25 gram sehari.

Untuk mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas bagi lelaki dicadangkan mengambil 30 gram sehari dan perempuan 21 gram sehari. Tetapi, kebanyakan orang tidak mengambil fiber walaupun separuh dari angka-angka di atas dalam masa sehari.
Jadi, cara mudah untuk meningkatkan fiber adalah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, sayuran, buah-buahan, kekacang dan biji-bijian. Tetapi, dengan hanya 28 gram Chia Seed, ia dapat membekalkan 10 gram fiber, hampir separuh dari cadangan pengambilan fiber untuk perempuan berumur lebih 50 tahun.
Jadi, mengapa fiber sangat penting untuk tubuh badan?
1) Mengelakkan penyakit diverticulosis (usus)
Kadar penggunaan fiber yang tinggi mampu untuk mengelakkan berlakunya kesakitan dengan menyerap air dalam kolon dan mengurangkan tekanan.
2) Mengurangkan berat badan
Makanan yang mengandungi kadar fiber yang tinggi mampu membuatkan rasa kenyang bertahan dengan lebih lama dan juga mempunyai kadar kalori yang lebih rendah.
3) Penyakit kardiovaskular dan kolesterol
Pengambilan kadar fiber yang tinggi dalam makanan akan menunjukkan tekanan darah dan paras kolesterol yang lebih rendah. LDL (kolesterol jahat) berkurangan selaras dengan kadar peningkatan kadar pengambilan fiber.
4) Diabetes
Diet fiber tinggi dikaitkan dengan risiko yang rendah untuk mendapat penyakit diabetes. Fiber tinggi juga dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.
5) Penghadaman dan detox
Fiber juga mampu untuk mengelakkan penyakit buasir dan pembuangan bahan-bahan tidak diperlukan dari badan menjadi lebih lancar.
6) Omega-3 untuk lawan penyakit jantung
Omega-3 mampu mengekang berlakunya thrombosis dan arrythmias yang mampu menyebabkan penyakit jantung dan stroke.

0 comments:

Post a Comment