Waze akan memperkenalkan fungsi baharu "favorite brands"
Info Post
Berita untuk pengguna Waze dan juga kaki shopping.
Waze sedang membuat kajian untuk mengaktifkan satu fungsi baru yang akan menarik berjuta pengguna Waze untuk mengunjungi tempat-tempat yang diiklankan.
Aplikasi navigasi sosial itu kini membolehkan pengguna/penggemar jenama tertentu memasukkan ke dalam list "favorite", yang kemudiannya akan muncul di atas peta dan dalam ciri-ciri lain seperti Calender Sync dan juga Speed Limits.
Pemegang jenama boleh menggunakan akses ini untuk menyesuaikan promosi peribadi kepada pelanggan berdasarkan kedai-kedai yang mereka telah lawati dan menggunakan maklumat lokasi pada iklan sasaran dengan lebih baik.
Dunkin 'Donuts adalah jenama pertama menandatangani pembelian iklan ini walaupun ia akan berada dalam peringkat Beta untuk sepanjang tahun ini.
Ini mengikut jejak langkah syarikat induknya, Google memperkenalkan 'pinned maps ads', yang membolehkan pemasar membayar untuk meletakkan logo mereka di pelbagai lokasi dalam aplikasi peta syarikat.
Ciri "favorite brands" dilihat lebih baik dan sesuai untuk diletakkan dalam aplikasi Waze bagi melengkapkan aplikasi navigasi Google. Ini juga melengkapi aspek-aspek sosial Waze termasuk chat bubles dan status yang boleh diletakkan di atas peta, dan juga amaran perjalanan trafik.
Iklan mudah alih yang menggunakan kebolehan GPS pada telefon pintar ini akan dilihat lebih efektif untuk membuatkan orang ramai mengunjungi tempat-tempat yang diiklankan kerana kelengkapan ciri-ciri sedia ada dan juga faktor kesuraman teknologi pengiklanan online yang berlaku sekarang.
Gergasi iklan mudah alih Facebook dan Google, antara lain, telah melancarkan pelbagai inisiatif iklan bertujuan untuk memajukan industri ini. Walaupun e-dagang dilihat semakin meningkat tetapi hakikatnya kurang daripada sepuluh peratus daripada jualan dibuat dalam talian. Ini bermaksud bahawa promosi kedai fizikal masih sangat dihargai oleh para pengguna.

0 comments:
Post a Comment